Jabal Rahmah, tempat pertemuan antara Nabi Adam dan Hawa, manusia pertama ciptaan Allah setelah 'ditempatkan' di muka bumi ini...aku mulakan mukadimah ini semasa memulakan penceritaan mengenai Nabi Adam dan Hawa kepada Fatin dan Fahrain semasa memandu balik ke Desa Petaling...sudah sememangnya menjadi rutin aku tiap-tiap malam untuk menjemput kedua beradik ini, putera dan puteri ku dari rumah Tok Mak mereka.. Fatin nampak penuh minat bila aku teruskan penceritaan, tapi Fahrain lebih berminat untuk menambah cerita yang aku nak ceritakan kepada mereka...
Aku nak sampaikan cerita ini kepada mereka , kerana untuk mengingatkan aku sendiri dan menyimpan niat dan cita-cita untuk berziarah ke sana..InsyAllah..dan Alhamdulillah..24 Mei - 4 Jun yang lalu aku menjadi tetamu Allah..dan berkesempatan untuk menziarahi Bukit ini..
3 comments:
comey nyer... suka tambah cerita tanda nya cepat berfikir.. kreatif nih...
tq anonymous...anda pun kreatif rasanya..
bila lah agaknya nak dpt nengok pic iron man tanpa kening tu ek... hek hek..
Post a Comment