Friday, August 13, 2010

Aku dengan kisah Iron Man

Ada kisah menarik yang boleh dikongsi bersama,...mungkin aku pernah bercerita pasal ini dulu,tapi kali ini aku ingin catatkannya agar, kawan-kawan yang lain boleh ambilnya sebagai iktibar..

Rutin biasa aku sebelah pagi ialah menghantar Fahrain ke Tadika sebelum jam 8:30 kerana Fahrain masuk jam 8:30 pagi..Sebagai kanak-kanak yang baru berumur 5 tahun, sudah tentulah beliau akan terdedah dengan soalan-soalan talian hayat seperti "Fahrain dah besar nak jadik apa..?" atau.."Dah besar nanti Fahrain nak jadik Doktor tak..? " perghh..taste Tok Mak dan Tok Ayah dia...jadik Doktor sesaje....

Sebagai kanak-kanak yang baru berumur 5 tahun, glosari atau kamus tentang bidang pekerjaan belum lagi beliau mengertikan..So, aku yang sedang memandu dalam kesesakan jalan nak menuju ke jalan othman, pj, mulalah dengan idea kreatif ini, ingin mengajar Fahrain cara menjawab yang betul kalau-kalau orang bertanya kan soalan-soalan talian hayat begitu...Soalan pun diaju..."hmmm Fahrain dah besa nanti nak jadi apa yer...."..Kebetulan, jalan yang sesak pagi tu sedang di pantau oleh polis trafik...Fahrain pun terus menjawab.., "nak jadik Polis.." ...Aku terdiam sejenak...dan mula mencongak apa yang perlu aku sebut untuk menukar mind-set jawapan Fahrain ni selain dari ingin menjadi polis...."hmmm..lain kali, kalau orang tanya, Fahrain dah besar nak jadik apa...Fahrain kena jawab macam nih.....Hmm Fahrain nak jadi orang yang berguna kepada  masyarakat, agama dan bangsa...."  Pergh...jawapan yang paling umum dan memang menepati sasaran yang aku ajarkan kepada Fahrain....dan tetiba Fahrain bertanya balik.".Pa..masyarakat tu apa Pa.."
..
.Ooppss..aku terlampau advance...Untuk memudahkan aku menjawab soalan Fahrain ..aku pun berseloroh.."okeh..kalau orang tanya Fahrain nak jadik apa...Fahrain jawab...Ayen nak jadik IRON MAN..Okey.!.".Iron Man tu la yg berguna untuk masyarakat, agama dan bangsa....Fahrain pun tersenyum...."Okeh.." Esok-esok aku bertanya lagi..Ayen nak jadik apa...pantas beliau menjawab.."Iron Man.." aku plak tersenyum...apa laaaa yang dah aku lakukan nih....

Thursday, August 12, 2010

Fatin & Fahrain...

Jabal Rahmah, tempat pertemuan antara Nabi Adam dan Hawa, manusia pertama ciptaan Allah setelah 'ditempatkan' di muka bumi ini...aku mulakan mukadimah ini semasa memulakan penceritaan mengenai Nabi Adam dan Hawa kepada Fatin dan Fahrain semasa memandu balik ke Desa Petaling...sudah sememangnya menjadi rutin aku tiap-tiap malam untuk menjemput kedua beradik ini, putera dan puteri ku dari rumah Tok Mak mereka.. Fatin nampak penuh minat bila aku teruskan penceritaan, tapi Fahrain lebih berminat untuk menambah cerita yang aku nak ceritakan kepada mereka...

Aku nak sampaikan cerita ini kepada mereka , kerana untuk mengingatkan aku sendiri dan menyimpan niat dan cita-cita untuk berziarah ke sana..InsyAllah..dan Alhamdulillah..24 Mei - 4 Jun yang lalu aku menjadi tetamu Allah..dan berkesempatan untuk menziarahi Bukit ini..