Saturday, February 27, 2010

jauhkan lah petaka ini..

nauzubillah.."jauhkan ujian dan petaka ini dari zuriat ku..."....hari ini bila dibaca melalui Harian Metro kisah menyayat hati, seorang budak perempuan berumur tiga tahun disepak seperti bola di padang permainan di Kuala Kubu Bharu lalu menemui ajal oleh seorang lelaki yang baran tidak menentu (teman lelaki ibunya)...bisikan syaitan hanya beberapa milisecond tetapi tindakan tidak berperi-kemanusiaan..melahirkan peristiwa hitam buat keluarga mangsa...aku mengecam dan mengeji si pelaku kerana bertindak di luar batasan..nauzubilllah..dan alfatihah untuk mangsa...

copy dari maafcakap.blogspot.com...

PERCAYAKAN GOSIP - MaafCakap

Foto: tucsoncitizen.com
MENGAPA SUKA
CAKAP BELAKANG
?

SAYA menerima sebuah e-mel daripada seorang sahabat. Sharifuddin menceritakan keadaan warga syarikatnya yang tidak sampai 10 orang itu hendak berhenti kerja secara beramai-ramai. Puncanya kerana dia hanya memberi bonus sebulan gaji kepada kakitangannya. Saya hairan kerana setahu saya, syarikat pembekal alatulisnya itu tidak pernah memberi bonus sejak mula beroperasi. Mengapa pula mereka hendak berhenti kerja bila taukenya hendak memberi bonus?
“Aku pernah bersembang dengan seorang staf, niat aku hendak beri bonus kepada semua kakitangan aku. Dia boleh bawak cerita kepada staf yang lain yang aku nak beri bonus tiga bulan gaji. Bila aku beri sebulan gaji, masing-masing merajuk dan nak berhenti kerja. Mereka tuduh aku berbohong! Nasib baik aku panggil staf aku yang jadi penyebar cerita palsu itu menceritakan kepada semua staf dalam sebuah mesyuarat. Kalau tidak, aku boleh tutup kedai.”

Alhamdulilah kerana Sharifuddin dapat menangani masalah di syarikatnya yang kecil itu. Fitnah yang besar di dalam sebuah syarikat yang kecil itu dapat dihidu dan disusur puncanya lalu diselesaikan. Bagaimana pula kita yang bekerja di syarikat yang besar, kawasan perumahan yang besar atau kampung yang besar?

Yang pasti, saban hari berita benar dan palsu datang kepada kita bersilih ganti hingga kita tidak dapat mengenal yang mana satu yang benar dan yang mana salah. Yang bahayanya, berita itu tiba dalam bentuk pertuturan, bisikan dari telinga ke telinga sehingga kita tidak tahu dari manakah sumbernya. Malangnya, kita mudah mempercayainya.

Mengapa? Di antara punca utamanya ialah sikap kita yang mudah menerima apa yang disampaikan secara cakap belakang-belakang. Kita mudah menerima cerita yang disampaikan secara tidak rasmi ini kerana di dalam mana-mana kelompok manusia, akan terdapat seorang penyampai berita yang handal dalam mensensasikan apa jua khabar.

Lazimnya, si penyampai berita ini mempunyai cara pertuturan yang amat menyakinkan. Sesuatu berita disampaikan dengan intonasi suara yang memukau, mimik muka yang mempengaruhi si pendengar dan gerak geri yang dramatik. Sudah tentunya penyampaian yang sebegini akan membuat kita terpesona dan terlupa rasional serta logika. Sehingga akhirnya kebenaran itu dikaburkan dengan kebatilan.

Kerana itu, di dalam sesebuah organisasi, seseorang yang bertukar jabatan kerana kenaikan pangkat boleh digosipkan sebagai seseorang yang diturunkan pangkat. Orang yang mengundur diri daripada sesuatu jawatan kerana kurang sihat dikatakan sebagai dibuang dan orang yang mengubah pendirian kerana menghormati keputusan mesyuarat boleh dianggap orang berperangai lalang. Si penyampai berita inilah yang menggodam apa yang benar kepada yang palsu. Malangnya, yang palsu inilah yang dipercayai.

Mengapa pula yang palsu ini dipercayai hingga ia menjelma menjadi benar? Ia terjadi kerana kita juga. Ramai di kalangan kita terdiri daripada mereka yang lebih suka mengangguk untuk mengiyakan. Kita malas untuk berfikir sama ada apa yang disampaikan itu betul atau salah. Lagipun, kita segan untuk mempersoalkan apa yang disampaikan kerana hendak menjaga hati si penyampai berita.

Akibat kasihan kepada si penyampai kerana tidak mahu dia malu alah jika kita bertindak dengan menyoal sumber berita yang disampaikan, akibatnya, kita memperoleh maklumat yang salah. Oleh kerana kita perlukan maklumat untuk membuat keputusan, maklumat yang salah akan menghasilkan keputusan yang salah.

Sepatutnya, apabila kita memperoleh sesuatu khabar, perkara pertama yang harus kita lakukan ialah bertanyakan sumber berita yang diperoleh si penyampai. Dengan maklumat itu, kita harus terus merujuk kepada sumber itu untuk memperoleh kepastian. Tindakan ini akan mematikan fitnah di sumber asalnya. Dan, yang lebih penting, kita akan disegani kerana berani memberhentikan cakap belakang daripada berleluasa.

Dalam pada kita berani menghentikan cakap-cakap belakang, jangan pula kita terjerumus pula menjadi salah seorang daripadanya. Ini boleh terjadi jika pada mana-mana ketika, kita malu untuk mengaku yang kita tidak tahu mengenai sesuatu perkara apabila ditanya mengenainya. Oleh kerana hendak menyedapkan hati si penanya, maka kita pun mencipta cerita yang kita rasa logik.

Tanpa kita sedari, tindakan itu akan menjadikan kita si penyebar fitnah. Sedar-sedar, rupa-rupanya, kita pun apa kurangnya?

Artikel ini terbit di akhbar Sinar Harian pada 24.2.10.

bonus...

satu pesanan untuk diri sendiri dan juga para followers.."jangan berdukacita dengan apa yang tidak diperolehi tetapi teruskan bersyukur dengan apa yang telah dianugerahkan dan diberikan (nikmat)...." amin....

Friday, February 26, 2010

Salam Maulidurrasul 1431H_2010M


"Dialah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad) dengan membawa petunjuk dan agama yang benar (agama islam) untuk dimenangkan dan ditinggikan atas segala yang lain walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya..." at-taubah:33

"sesungguhnya telah ada pada diri (rasulullah) itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.." al-ahzab:21

Thursday, February 25, 2010


Pernah menjengok ke kawasan PPRT? Kawasan flat DBKL? dari Flat Sri Johor hingga ke Flat Sri Sabah? seorang kawan aku tak pernah menjengah ke kawasan bandar elit seperti ini sehinggalah beliau menghantar kawan sekolah anaknya balik ke kawasan Pantai Dalam atau erti kata lainnya ke Kerinchi atau lebih spesifik, mungkin ke perumahan rakyat di Kerinchi..beliau tergamam kerana wujudnya perumahan flat dua bilik yang padat sebegini.  Yang menambah kejutan kawan aku tu, rumah yang beliau lawati tu mempunyai 9 ahli keluarga...dua atuk & nenek, mak & abah serta lima adik beradik dari umur 22 tahun hinggalah ke darjah satu..bilik utama dihuni oleh atuk dan nenek, manakala bilik kedua pula dihuni oleh mak&abah. dimana kelima adik beradik ni tidur?? dari lahir hingga sekarang, ruang tamu itulah kamar tidur mereka..kawan aku tu cepat rasa sebak dan cepat merasa kesian..bagus lah..at least ada keinsafan bahawa sesusah-susah kita hidup, ada lagi yang lebih susah..."aku pernah hidup di sana...aku duduk di flat sri sabah tingkat 17 blok 60 no 07, aku tau rasanya...pix: secret garden..flickr

niat...

"bermula niat dengan fikir, datangnya fikir melalui renungan, datangnya renungan dari muhasabah diri, bermula muhasabah diri dengan syarah yang didengar atau dibaca...." seorang kawan mula berpesan.  setiap niat yang dipasang biarlah dimulakan dengan kalimah besar..'Bismillah..' biar afdhal dan penuh tertib niat kita itu...fiqir-fiqirkanlah..

Friday, February 19, 2010

am good at no2

ada kawan pernah berkata 'we live to serve..." kekadang kita terfikirkan kenapa kita buat begini,...sebabnya ialah kita sendiri pilih (choose) untuk jadi begini dan kita suka jadi begini...kenapa aku mengatakan hal ini kerana aku sedar bahawa kewujudan aku ialah untuk menjadikan orang no1 menjadi lebih elok dan aku akan terus menyokongnya..aku bermonolog kerana aku lebih senang begini...aku dan keyboard laptop ini.."myblog, mysay.."

Thursday, February 18, 2010

ramai yg mengumpat...

bak kata hati...'rezeki orang jangan lah didengki..'...ramai yang tidak puas hati dan masih berkata-kata pendapatan yang aku kecapi ini tidak selari dengan usaha aku...perlukah aku bagitahu semua orang apa yang aku buat hari-hari...kalau difikirkan perlu..tapi yang perlu tahu hanyalah immediate boss aku..tapi immediate boss ku pun tak tahu apa yang aku buat selama Jan - Feb nih..aku senyum sendirian, sebab tak nampak lagi ke apa yang aku dah deliver...perlu kah aku itemised kan tiap butiran bila  ada konflik begini..itu lah politik namanya..aku sempat bercerita, meluahkan apa yang aku rasa pada myfren.."dulu masa aku sakit..ramai yang prihatin dan berkata..mari lah ke sini Sam..kitorang tahu kau tengah medication dan tau apa yg kau rasa..' macam macam lah yang aku dengar dan perhatikan..dan sekarang orang orang itu..menikam dari belakang secara perlahan-lahan...I told to myfren..'this is killing me softly.." macam lagu tu...Cuma di ketika ini..aku hanya perlu berdoa kerana rezeki itu dari Allah..sakit dan penawar itu juga dari ketentuanNya..cuma kita kadang-kadang alpa...

Sungai ENAM...

jaga jaga dgn puteri tujuh..hehehe...
baca pantang larang kalau nak masuk ke sini..arini setengah hari dok settlekan fun map nih, last seminit punya request..aku jugak yg termengah-mengah..lastly..they said..i lambat..but the actual fact is..aku cuma menolong...and at the end..jari ditunding..Sam lambat...my record (daily scrap book) aku noted..kerja ni patutnya dah diselesaikan before CNY tapi ramai sungguh yg beri komen, and at the end..aku juga yg disalahkan...anyway..buat je la Sam in your own creative ways dan jangan buat apa yang diorang buat.."people does'nt want criticism, they after for the glory only.."  ..point taken...kau masih OKU Wan..masih di mata diorang..only you know that you are okay in your own way..."kata hati..'

Wednesday, February 17, 2010

Hari Kekasih rosakkan akidah golongan muda


Posted: 13 Feb 2010 10:30 AM PSTOleh Mohd Masri Mohd Ramli
Agama tidak galak meniru amalan bukan dari ajaran Islam
SETIAP tahun pada tanggal 14 Februari, media massa akan mula mengiklankan sambutan Hari Valentine atau Hari Kekasih. Pelbagai acara dianjurkan manakala restoran, hotel, kedai bunga dan sebagainya akan mula mempromosi sambutan Hari Valentine di premis perniagaan mereka.
Dari manakah asal usulnya sambutan perayaan ini? Jika dicari di internet, kita akan menemui versi cerita yang berbeza-beza dan tidak dapat diketahui kisah sahih.
Namun, secara jelasnya kita dapat melihat Hari Valentine bukan daripada ajaran Islam, sebaliknya ia membawa unsur yang merosakkan akidah dan moral umat Islam, khususnya golongan muda.
Hari Valentine adalah budaya dan perayaan yang dikairkan dengan bukan Islam. Bahkan dalam sebahagian tulisan, dinyatakan ia bidaah yang direka dalam agama Kristian. Dalam sumber lain pula dinyatakan ia berasal daripada kaum Roman kuno dan ditiru oleh pengikut Kristian.
Asasnya di sini, perayaan itu adalah milik bukan Islam, bahkan boleh jadi ia bidaah yang direka dalam ajaran Kristian, sedangkan meniru identiti Ahlul Kitab dilarang, inikan pula meniru bidaah dalam agama mereka.
Dalil mengenai hal ini sangat banyak, antaranya: Rasulullah SAW bersabda:
“Siapa menyerupai sesuatu kaum, maka dia sebahagian daripada mereka.” (Hadis riwayat Abu Daud Ahmad dan lain-lain. Shaikh al-Albani mensahihkannya dalam Sahih Abi Daud)
Rasulullah SAW sangat tegas untuk berbeza daripada identiti orang kafir, hatta dalam bab keduniaan sekalipun.
Shaikh al-Islam al-Imam Ibn Taimiyyah Rahimahullah menyebut wujud kesepakatan (ijmak) mengenai haram meniru orang kafir dalam perayaan mereka.
Tujuan perayaan ini untuk menyuburkan rasa cinta termasuk dengan bukan Islam. Ini jelas bertentangan dengan Islam. Allah SWT berfirman maksudnya:
“Kamu tidak akan mendapati kaum yang beriman pada Allah dan hari akhirat, saling berkasih-sayang dengan orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya, sekalipun orang itu bapa, anak, saudara atau keluarga mereka” (Al-Mujadilah 58:22)
Kata Ibn Taimiyyah Rahimahullah: “Allah menyatakan kepada kita tiada orang beriman yang akan mengambil orang kafir sebagai teman rapat mereka. Sesiapa yang mengambil orang kafir sebagai teman rapat bukan orang yang beriman. Meniru mereka adalah satu daripada bentuk cinta, maka ia adalah terlarang.” (Al-Iqtidha’ 1/490)
Cinta dipromosi melalui Hari Valentine adalah kepada bukan mahram. Ia antara jalan yang mendekatkan kepada zina. Kita dapat lihat bagaimana pada 14 Februari, pasangan bukan mahram asyik berdua-duaan, keluar bersama, merayakan di restoran dan hotel.
Semua ini dilakukan atas alasan menzahirkan rasa cinta, sedangkan perlakuan itu hanya layak dilakukan suami atau isteri kepada pasangannya yang halal, bukan kepada mereka yang bukan mahram.
Allah SWT jelas menerangkan kepada kita agar menjauhi hal yang mendekatkan kepada zina. Firmannya:
“Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan yang buruk.” (Al Isra’ 17: 32)
Berdasarkan hujah yang dikemukakan di atas, ada beberapa kewajipan yang perlu dimainkan umat Islam dalam isu ini iaitu:
  • Seorang Muslim tidak boleh menyambutnya atau menyertai orang lain dalam sambutan berkenaan sama ada dengan menghadiri atau membantu mereka yang menyambutnya.
Al-Imam Az-Zahabi menyebutkan: ‘Seandainya orang Kristian dan Yahudi mempunyai sesuatu perayaan yang dimiliki mereka, maka tidak boleh seorang Muslim menyertai mereka (di dalam sambutan itu), sebagaimana dia tidak menyertai mereka dalam agama atau arah kiblat solat.” (Tasyabbuh al-Khasis bi Ahl al-Khamis)
  • Seorang Muslim tidak boleh membantu sama ada umat Islam atau bukan Islam yang menyambutnya. Ini termasuklah menyediakan tempat sambutan, mengiklankan, menjual barangan yang berkaitan seperti kad ucapan, kek dan lain-lain. Ini kerana ia termasuk di dalam membantu mereka melakukan kemungkaran.
Firman Allah SWT: “Bertolong-tolonglah kamu dalam melakukan kebajikan dan takwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan dalam perbuatan dosa dan permusuhan.” (Al-Maidah 5: 2)
  • Seorang Muslim perlu mengingatkan saudara seagama mengenai larangan menyambut Hari Valentine. Ibn Taimiyyah rahimahullah berkata: ‘Sebagaimana kita tidak sepatutnya meniru mereka dalam sambutan perayaan, maka kita juga tidak sepatutnya membantu umat Islam yang lain menyambutnya, bahkan dia sepatutnya diperingatkan untuk tidak melakukannya.” (Al-Iqtidha 2/519-520)
Merayakan Hari Valentine adalah pengagungan ke atas lagenda cinta yang dikaitkan dengan hari berkenaan. Sudah jelas kepada kita latar belakang sejarahnya, walau daripada versi mana sekalipun, ia berasal dari orang bukan Islam.
Share This

Musibah matinya hati

Posted: 15 Feb 2010 09:33 AM PST
Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA
NEGERI SEMBILAN
KEHADIRAN bulan Safar al-Khair mengimbau kembali kisah kegeringan Rasulullah SAW sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 12 Rabiulawal. Jika Rasulullah SAW itu adalah kekasih dan keutamaan kita, maka sudah tentu saat-saat yang memilukan itu menarik perhatian dan perasaan kita.
Sesungguhnya kewafatan Rasulullah SAW adalah musibah terbesar bagi umat Islam sehingga terdapat ulama yang menulis buku khusus mengenai musibah kewafatan Rasulullah. Setelah kewafatan Baginda, ada yang masih lemah imannya menjadi murtad, tidak mahu menunaikan zakat dan berpecah belah. Sesungguhnya inilah musibah terbesar yang pernah menimpa sahabat-sahabat Baginda. Hanya kekentalan iman menjadi penyelamat ketika itu.
Hari ini, umat Islam ditimpa musibah yang tidak kurang besarnya iaitu matinya hati. Pelbagai peringatan yang diberikan tetapi bak mencurah air di daun keladi. Inilah penyakit hati yang dikhuatiri oleh Rasulullah akan berlaku ke atas umatnya. Inilah kematian yang paling sukar untuk dipastikan kerana tidak ditandai dengan kain kapan putih ataupun batu nisan.
Apa pun, selaku insan yang sentiasa menginsafi diri, kita masih boleh menghisab diri, apakah musibah ini telah mengenai diri kita atau kita termasuk di kalangan mereka yang terselamat. Terdapat tiga tanda yang digariskan oleh ulama iaitu, tidak merasa sedih apabila tidak berkesempatan melakukan amal ketaatan, tidak menyesal apabila terlanjur melakukan dosa dan suka bersahabat dengan orang-orang yang lalai dan telah mati hatinya. Inilah alamat ringkas yang diletakkan oleh Syeikh Ibnu ‘Atoillah dalam kalam hikmahnya.
Maka dapat difahami bahawa keriangan dan kegembiraan seseorang kerana ketaatan yang dilakukannya dan kesedihan seseorang disebabkan maksiat yang dilakukannya merupakan tanda hidupnya hati seseorang. Rasulullah SAW telah bersabda:
“Sesiapa yang digembirakan oleh kebaikannya dan disedihkan oleh kejahatannya, maka dia adalah orang mukmin.” (riwayat Imam Ahmad, Tirmizi dan al-Hakim)
Namun, ini bukanlah kegembiraan yang bercampur dengan perasaan ‘ujub. Orang yang bersifat ‘ujub hanya memandang kepada daya dan kekuatannya dan lupa tentang anugerah Allah dalam mengurniakan taufik dan hidayah kepadanya. Hendaklah kita menjauhi sifat ‘ujub kerana ia boleh menghapuskan pahala amal-amal yang dilakukan. Begitu juga perasaan riak.
Amal kebaikan merupakan tanda keredaan Allah dan keredaan-Nya membawa kepada kegembiraan. Manakala amal kejahatan merupakan tanda kemurkaan Allah dan kemurkaan-Nya membawa kepada kesedihan. Sesiapa yang diredai oleh Allah, maka Allah mengizinkannya untuk melakukan amal soleh. Sesiapa yang dimurkai oleh Allah, maka Allah meninggalkannya dan membiarkannya berada dalam kelalaian dan kehinaan.
Abdullah ibn Mas’ud RA berkata:
“Orang mukmin melihat dosa-dosanya seolah-olah dia sedang berada di kaki gunung; dia takut kalau gunung itu akan menghempapnya. Manakala ahli maksiat melihat dosanya hanya seperti seekor lalat yang hinggap di hidungnya maka mudah untuk menghalaunya.”
Namun demikian, tidak sepatutnya pula seseorang hamba yang apabila telah melakukan dosa, dikalahkan oleh kesalahan yang dilakukannya. Dikalahkan dalam bentuk bersikap pesimis, tidak lagi mengharap keampunan Tuhannya dan berprasangka buruk terhadap Tuhannya. Bagi orang yang benar-benar beriman dan hidup hatinya, rasa khawf dan raja‘ (takut dan harap kepada Allah) mesti ada pada dirinya. Allah telah menyifatkan para nabi dan rasul-Nya serta pengikut mereka dari kalangan kaum mukminin yang solehin dengan kedua-dua sifat ini, sebagaimana firman-Nya dalam surah al-Israa’ ayat 57.
“Orang yang mereka seru itu, masing-masing mencari jalan kepada Tuhannya, siapakah yang lebih dekat serta mereka mengharapkan rahmat-Nya dan gerun takut akan azab-Nya; sesungguhnya azab Tuhanmu itu, adalah ditakuti.”
Syeikh Ibnu ‘Atoillah RA menyatakan dalam Hikamnya: “Janganlah kerana besarnya dosa di sisi kamu, menghalang kamu daripada berprasangka baik dengan Allah kerana orang yang telah kenal Tuhannya, nescaya akan menganggap dosanya kecil di sisi kemurahan Allah yang luas.”
Manakala sebab yang membawa kepada matinya hati ialah :
  1. Cintakan dunia
  2. Lalai daripada mengingati Allah
  3. Menggunakan anggota untuk melakukan maksiat.
Di antara perosak yang terbesar ialah kasih terhadap dunia, berkeinginan kepadanya, sangat tamak terhadapnya, berminat dengannya, kasihkan pangkat dan harta dunia dan tamak terhadap keduanya, kikir dan bakhil dengan harta dunia. Firman Allah dalam surah Hud ayat 15-16.
“Sesiapa yang berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya, maka Kami penuhi usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan daripadanya. Mereka tidak beroleh di akhirat kelak selain daripada neraka, dan gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batallah apa yang mereka telah kerjakan.”
Kecintaan kepada dunia adalah kepala segala kejahatan. Ia akan menghalang seseorang daripada melakukan kebaikan akibat hati yang telah digelapi oleh perkara-perkara keduniaan. Justeru, Syeikh Ibnu ‘Atoillah menyatakan
“Bagaimana hati dapat bercahaya, sedangkan gambaran-gambaran alam maya termeteri di cermin hati?”
Allah SWT menjadikan hati manusia itu seperti cermin yang memaparkan dan memantulkan imej setiap benda yang dihadapkan kepadanya. Cermin itu pula hanya mempunyai satu muka. Apabila Allah SWT hendak memberikan inayah-Nya kepada seseorang hamba, maka Dia menyibukkan fikiran hamba tersebut dengan cahaya-cahaya-Nya dan pelbagai kebaikan dan Dia tidak membelenggu atau menambat hati hamba tersebut dengan suatu perkara dari alam yang gelap dan khayalan yang meragukan. Maka terpaparlah di cermin hatinya cahaya-cahaya iman dan ihsan, dan terpancarlah padanya cahaya tauhid dan makrifah.
Begitulah sebaliknya, jika Allah mahu membiarkan seseorang hamba (mengeluarkannya daripada inayah-Nya) dengan keadilan dan kebijaksanaan-Nya, maka Dia akan menyibukkan pemikiran hamba tersebut dengan kegelapan dunia dan syahwat. Maka kegelapan dunia ini akan terpapar di cermin hatinya. Lalu hatinya akan terhijab daripada sinar makrifah dan cahaya keimanan.
Semakin banyak gambaran dunia bertindih-tindih di cermin hatinya, maka semakin pudar cahayanya dan semakin tebal hijabnya. Maka dia tidak akan dapat melihat melainkan apa yang zahir sahaja dan dia tidak dapat berfikir melainkan perkara lahiriah sahaja.
Ada di antara hijabnya sangat dahsyat hingga menutup seluruh hati dan seluruh cahaya terpadam hingga dia menafikan terus kewujudan cahaya dari asalnya. Semoga dilindungi oleh Allah.
Ada di antaranya pula, hanya sedikit karatnya dan nipis hijabnya, maka dia mengakui kewujudan cahaya tersebut tetapi tidak dapat melihatnya. Ini ialah makam (kedudukan) kaum Muslimin awam.
Dalam hadis Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya hati itu akan berkarat sepertimana karatnya besi, dan sesungguhnya iman itu akan lusuh seperti lusuhnya baju yang baru.”
Namun dalam hadis yang lain, Rasulullah SAW bersabda:
“Setiap sesuatu itu ada penggilapnya dan penggilap hati ialah zikrullah.”
Sabda Rasulullah SAW juga:
“Sesungguhnya seseorang hamba itu apabila melakukan kesalahan, digores di dalam hatinya dengan bintik hitam. Sekiranya dia menanggalkannya dan memohon keampunan, maka ia akan berkilau. Sekiranya dia kembali melakukan kesalahan, ditambah pada hatinya bintik hitam tersebut sehingga menyelubungi hatinya.”
Maka itulah selaput kegelapan yang telah difirmankan oleh Allah dalam surah al-Mutoffifin ayat 14.
“Sekali-kali tidak! Bahkan mata hati mereka telah diselaputi kekotoran (dosa), dengan sebab apa yang mereka kerjakan.”
Cahaya iman dan ihsan
Ketahui bahawa hati itu hanya mempunyai satu wajah, apabila kamu hadapkan cahaya kepadanya maka ia akan bersinar, dan apabila kamu hadapkan kegelapan kepadanya maka ia akan menggelap, kegelapan dan cahaya itu tidak pernah bersatu, maka fahamilah pula kata-kata Syeikh Ibnu ‘Atoillah yang menyebut:
“Bagaimanakah hati itu boleh bersinar dengan cahaya iman dan ihsan, sedangkan gambaran alam dan dunia yang gelap terpapar di cermin hati?”
Sesungguhnya dua perkara yang berlawanan tidak mungkin akan bersatu sebagaimana firman Allah SWT pada surah al Ahzaab ayat 4.
“Allah tidak menjadikan seorang lelaki mempunyai dua hati dalam rongga dadanya…”
Sedarlah wahai insan! Kamu tidak memiliki dua hati tetapi hanya satu. Apabila kamu hadapkan hati kamu itu kepada makhluk dan dunia ini, maka ia akan membelakangkan Allah. Apabila kamu hadapkannya kepada Allah, maka ia akan membelakangkan makhluk dan kamu akan mampu berjalan kepada Allah. Selama kamu tertambat dengan syahwat dan keduniaan kamu di dalam alam ini, maka kamu tidak akan mungkin dapat berjalan kepada Tuhan kamu, tidak juga kepada apa yang diisyaratkan oleh Syeikh Ibnu ‘Atoillah al Sakandari RA.
Selama hati masih tertawan atau terpenjara di dalam penjara kecenderungan atau keinginan kepada sesuatu yang akan binasa, dia masih terikat dengannya. Orang yang mempunyai hati sedemikian, tidak akan dapat berjalan menuju kepada keredaan Allah. Bahkan, tidak akan terpancar ke atasnya cahaya makrifat. Keterikatan hatinya dengan syahwat merupakan penghalang yang akan menegah dan menghalangnya daripada menuju kepada Allah disebabkan kesibukan dan keasyikannya dengan perkara-perkara yang memalingkannya daripada berjalan menuju kepada Allah.
Sekalipun tidak dinafikan dia mungkin dapat berjalan bersama nafsu syahwatnya, nafsunya akan melemahkan dan menghalangnya daripada dapat berjalan dengan cepat kerana kecenderungannya terhadap nafsu syahwatnya. Sekalipun dia mungkin dapat berjalan dengan cepat, dia tetap tidak akan aman daripada perkara-perkara yang akan menggelincirkannya kerana keseronokan dan kesenangannya dengan syahwat tersebut.
Sebab itu, para pembesar Sufi meninggalkan kelazatannya, sehingga berkata sebahagian daripada mereka: “Sengatan tebuan atas badan yang luka itu lebih ringan daripada sengatan syahwat atas hati orang yang sedang bertawajjuh kepada Allah.” (Ibnu ‘Ajibah, Iqaz al-Himam, H: 44)
Justeru, wahai saudaraku! Putuskanlah dan lepaskanlah dirimu dari perkara yang menghalang perjalanan kamu. Berjalan dan berhijrahlah kamu kerana hijrah adalah merupakan sunnah Rasulullah SAW. Semenjak Nabi SAW berhijrah, Baginda SAW tidak pernah menikmati masa untuk berehat melainkan di dalam musafir untuk berjihad sehingga Allah membuka sebuah negara untuknya.
Begitu juga para sahabat, hanya segelintir sahaja daripada mereka yang tinggal tetap di negara mereka sehingga dengan tangan-tangan mereka Allah membuka negara-negara yang lain dan memberikan petunjuk kepada hamba-hamba Allah yang lain. Semoga Allah memanfaatkan kita dengan keberkatan mereka, Amin.
Hidupkanlah hati kita dengan meninggalkan terlebih dahulu perkara-perkara yang boleh menggelapkan dan mematikan hati. Selanjutnya sinarilah ia dengan cahaya-cahaya ketaatan dan keikhlasan. Sesungguhnya hati yang hidup akan sentiasa mendorong pemiliknya melakukan amal dan ketaatan dan meninggalkan dosa dan kejahatan dengan hati yang gembira tanpa rasa penat dan payah. Wallahu a’lam.
Share This

Friday, February 12, 2010

jangan buat kerja bodo...rezeki tidak datang bergolek..melayang pun tidak..

hari ni aku terima sms yang paling $$$ kerana dalam sms tu menyatakan bahawa nombor simcard aku telah terpilih memenangi cabutan bertuah poweroot dan disertakan sekali no siri sms tersebut serta hadiah wang kemenangan sebanyak RM15,000...Wow..lepas solat jumaat tadi aku hubungi nombor yang tertera dan ternyata..aku memang memenangi RM15,000..dan aku katakan pada myfren.."aku belikan kor 2 blackberry kalau betul rezeki datang melayang.." hehehe..tapi yang musykil nya dia nak aku berada di ATM bank dan call no dia balik to execute the money transaction...apa la diorang ni..kalau nak transfer duit tu..transfer jer ler...ada lak nak kena call balik la bila dah berada di ATM..so utk mengemas kini kembali fikiran aku..aku pun hubungi rakan sejawat aku Junhairi di Kosmo untuk mengesahkan berita ini....Lantas beliau menyatakan..its a Hoax bro..its a hoax..Hmmm..anyway..aku pun surf in the net..and it is a scam..justeru itu, those yg dapat mesej semacam ini kena ingat...rezeki tidak datang melayang..atau bergolek..tapi kalau lenggang lenggok...ha...tu bak kata EJAI..kena la sengih bebanyak hehehehe...Salam Gong Xi Fa Chai...eye of the tiger....

Justice - Wikipedia, the free encyclopedia

My friend EJAI today brought a subject about being "Adil" and his theory about adil and its definition.....well i did commented on his blog and this is my version of adil ...and I kinda agree to myself......

Justice - Wikipedia, the free encyclopedia


Keadilan

Dari Wikipedia bahasa Indonesia, ensiklopedia bebas

Langsung ke: navigasi, cari
J.L. Urban, patung Dewi Keadilan di gedung pengadilan di Olomouc, Republik Ceko
Keadilan adalah kondisi kebenaran ideal secara moral mengenai sesuatu hal, baik menyangkut benda atau orang. Menurut sebagian besar teori, keadilan memiliki tingkat kepentingan yang besar. John Rawls, filsuf Amerika Serikat yang dianggap salah satu filsuf politik terkemuka abad ke-20, menyatakan bahwa "Keadilan adalah kelebihan (virtue) pertama dari institusi sosial, sebagaimana halnya kebenaran pada sistem pemikiran" [1]. Tapi, menurut kebanyakan teori juga, keadilan belum lagi tercapai: "Kita tidak hidup di dunia yang adil" [2]. Kebanyakan orang percaya bahwa ketidakadilan harus dilawan dan dihukum, dan banyak gerakan sosial dan politis di seluruh dunia yang berjuang menegakkan keadilan. Tapi, banyaknya jumlah dan variasi teori keadilan memberikan pemikiran bahwa tidak jelas apa yang dituntut dari keadilan dan realita ketidakadilan, karena definisi apakah keadilan itu sendiri tidak jelas. keadilan intinya adalah meletakkan segala sesuatunya pada tempatnya

[sunting] Rujukan

  1. ^ John Rawls, A Theory of Justice (revised edn, Oxford: OUP, 1999), p. 3
  2. ^ Thomas Nagel, 'The Problem of Global Justice', Philosophy and Public Affairs 33(2005): 113-47. p. 113.

[sunting] Pranala luar

Thursday, February 11, 2010

i hate ??...

pix from: Amna H. :flickr
Answers.com 
hate
< hate   (hāt


v., hat·ed, hat·ing, hates. v.tr.


    1. To feel hostility or animosity toward.
    2. To detest.
  1. To feel dislike or distaste for: hates washing dishes.
v.intr.
To feel hatred.

n.
  1. Intense animosity or dislike; hatred.
  2. An object of detestation or hatred: My pet hate is tardiness.
[Middle English haten, from Old English hatian. N., Middle English, from Old English hete.]
hater hat'er n.

Wednesday, February 10, 2010

staff baru...

ada orang berkata, "masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang rimau, mengaum la..," gamaknya...tapi ada yang lebih kreatif akan berkata, "masuk kandang rimau..lari le beb..", aku tersenyum..dan betul la tu..dah seminggu aku tengok staff baru ni bekerja...masuk 1 feb yg lepas...dan beliau merupakan seorang PA kepada Direktor di syarikat ini..aku kata tugas PA ni bukan tugas yg penuh glamour macam yang biasa dalam drama tu...this is real life...actual drama...so, aku harap beliau faham kerana dah seminggu aku perhatikan, beliau seperti masih membelenggu diri dengan seribu satu permasalahan yang tah hapa hapa....aku diarahkan untuk memantau tugasan PA baru ni..so far alhamdulillah..dia mendengar kata tapi ramai yang komplen mengatakan beliau sombong, maka banyaklah kata-kata bak angin lalu yang masuk ke pendengaran aku nih..aku bertanya pada diri aku..perlukah aku menambah garam pada lauk yang semestinya sudah masin...hmmm aku kena fiqir..aku pun belum dapat seratus peratus memantau nya kerana aku sendiri tak menang tangan...ada staff lama (kawan) bila minta tolong, dia minta tolong pada aku balik...hmmm macam mana? aku rasa biarlah seminggu dua nih beliau rasakan honeymoon dulu kerja di tingkat 19 tu...tapi aku dah siang siang suruh dia melapur diri pada aku di tingkat 18 tiap-tiap pagi dan petang dan dengarkan dulu morning briefing aku tiap tiap hari...seminggu dah berlalu ..aku perhatikan dia nih..no here no there...umur 26 tapi nampak belum matured lagi..atau aku silap menduga...apa-apa pun aku perlu sabar untuk menduga dan test dia lagi...kalau dia dah ok..baru aku bleh lepas kan sikit burden kerja aku nih..we'll see how..Bro Ejai...pls support eh...

senyum itu sedekah...

i like this caricature..
Senyum...satu sedekah...kalau sedang marah...diam dan senyum, pasti rasa amarah itu akan hilang...begitu juga sebaliknya..kawan saya ada bertanya..kenapa sengih selalu..?? aku terdiam..sbb sengih dgn senyum tu dua benda berbeza ke? akufiqir..owh..rupanya sengih itu merupakan refleksi 'senyum'  yang dibuat-buat..atau di ada-adakan...so tersenyum akan mezahirkan keikhlasan dari raut wajah yang diukir sama..orang tak kata, 'sengih itu sedekah..'...ada tak?..fiqir..

Mindset change most difficult hurdle to CR

Mindset change most difficult hurdle to CR
 another perspective on Corporate Social Responsibility...good write-up...


foto: NatGeo:traveller_ wildplaces..

Tuesday, February 9, 2010

definitely, maybe...

definitely, maybe...complicated, but yet it must be based from a true story...

Sunday, February 7, 2010

sharing...surah yunus ayat81


seorang makcik berpesan kepada aku supaya mengamalkan surah ini setelah beliau "nampak" 'benda' tu datang balik,..ada orang yg masih tak berpuas-hati dgn aku sekiranya aku sihat...dan ayat ini boleh membantu utk menguncikan segalanya...pokoknya aku kena usaha dan bertawakkal...dan makcik ni nampak bila beliau mengurut Cma petang tadi apabila Cma juga mengadu sempot-sempot tak cukup nafas...Cma jugak terkena dari aku...makcik tu berpesan...mungkin ada rahmat dari semua ini kerana sakit dan penawar tu semuanya dari izin Allah,...surah yunus ayat 21, "
21. dan apabila Kami beri manusia merasai sesuatu rahmat sesudah mereka ditimpa sesuatu kesusahan, mereka Dengan serta-merta melakukan rancangan mereka menentang ayat-ayat keterangan Kami Dengan mendustakannya dan mengingkarinya. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Allah lebih cepat melakukan rancangan menentangnya!" Sesungguhnya malaikat-malaikat utusan Kami sentiasa menulis akan rancangan tipu daya Yang kamu jalankan itu.

Friday, February 5, 2010

i have been deleted...

Wow...I have been deleted...hidup tu ada pasang dan surutnya..mcm kerja..kerja pun ada jugak hari-harinya...aku gelar..hari hari bodo dan hari hari pandai..hehehe...anyway..title kali ni is only about my monologue saying that i have been deleted...i said to myself..."cool wan..cool.."...you have to be realistic...people wants you for a reason...If you are sick or what not...they will see your limit...I told to myself..i understand..saya fahamm..saya mengerti...akukenafiqir...hehe

my brain shazi...dan kita semua bersaudara...

ptg tadi after meeting with Chairman, aku terkedu bila Chairman mintak aku organize event 3 kali sebulan...n i repeat it to myself but i said it outloud..3 kali sebulan...hahaha..the audience confuse...and then i said..sebulan sekali...lagi semua orang memandang aku seolah-olah aku berbuat salah yg teramat sangat...PA Chairman...usap belakang aku supaya aku cepat sedar dari lamunan...Arghhh..aku tak mengelamun pun...aku merely saying that sebulan sekali memadai...hehe..people yg lelain memandang aku mcm aku tak memahami hasrat Chairman..."tak faham agaknya Sam nih..." Chairman bersuara.., "saya faham..." aku tersenyum bagi melegakan semua orang yg seolah-olah takutttt akan statement dari mulot aku yg seterusnya...hmm aku tak bisa menipu kali...anyway..my kekasih gelap so called.. shazi sms aku..."u must fight yur brain and take back control..please..."..WoW..the word please at the end of the text tu yg membuatkan aku lagi tersenyum...aku bertanya pada diri aku.."makin teruk ke aku ni..masyallah..!!"...Chairman's daughter menegur aku, "kenapa laloq Sam..?" aku kata, "Mana ada Mem.." I cakap je..3 kali sebulan ke atau sebulan sekali event tu..sbb yg nak kena membuatnya aku...Wow!!!...

Anyway..apa yg aku tulis seolah diary aku for today ni is about Shazi's text...she wants me to pull up my act together...aku rasa sedih..sbb aku bertanya dan berkerut ..Hmm aku tak ok lagik ke?

Malam tadi...pinjam dari mak tafsir al-quran... aku rasa mata aku makin teruk, stamina, nafas controll, makin teruk..stress..sakit tengkok..adushh..menulis pun berbelit belit..aku realize..cuma dlm blog ni je aku tulis n mengadu semaunya..sbb aku hari hari baca sendiri blog nih..aku tak nyusahkan sesapa sambil dengar lagu background secret garden..n papillon ..aku rasa tenang seketika..EJai pun semenjak dua menjak nih makin mcm dia nak menjauhkan diri...apa yg aku buat...hmmm....

its 739pm now 5 Feb 2010...got to mengadap...sign off..continue driving..life goes on...cuma aku berdoa supaya hari esok lebih baik dari hari ini..dan begitulah seterusnya...doa dari hati nih...tapi kenapa aku rasa mcm sedih jek...!@!#@!#!@....papillon, the background music kali...anyway..esok aku akan jempot X-abang ipar aku di stesen keretapi..anak dia Akma belajar di sekolah tahfiz..jauh datang dari Bintulu sampai ke perlis...alhamdulilah....aku tak lokek..aku mintak Akma tulis nama aku ..USUwan..jgn lupa letak nama aku sbg keluarga terdekat...Ejai pun heran kenapa aku masih baik lagi dgn X-family aku....aku cuma boleh berkata...kita semua bersaudara..Alhamdulilah..dlm kepesatan mengejar material zaman skrg nih..abang ipar aku tu terdetik jugak utk dia anta anak dia ke sekolah private tahfiz..alhamdulillah..aku..aku ada cara aku sendiri untuk mendidik anak-anak aku nanti..

Thursday, February 4, 2010

letih....

bak kata orang serawak..."lelah kamek tok..." arini banyak task telah dioutline pada awal paginya dan di-strike pada sebelah petang tanda ianya selesai...pagi tadi sempat gak berdengkur melelapkan mata barang seminit dua kerana terlalu letih rasanya benak ini sehinggakan semasa driving pun menguap pun terasa nak lelapkan mata...

arini aku sorang lagik kat ofis...myfren went home damn early..nak g tengok wayang katanya...myseasonalfren got trauma...kena rompak dn harrasment...kesian plak tgk dia nih...give her a call and calm her down...tapi aku cakap senang jer...hilang 300 takpe, blackberry hilang pun takpe..janji jgn kena lagi teruk dari tu pun dah patut bersyukur...so aku nasihatkan..jangan la terlalu kedekut sgt nak bayar parking...invest la sikit..dan belajar la bersedekah lebih sikit...mungkin 300 tu bukan rezeki dia...ehhee...nauzubillah...

PA, buadk baru masuk, very fresh plak tu kena reporting to me...aku siang siang dah nasihatkan jangan negatif sgt...kalau tak tau..bertanya..nanti sesat jalan..myfren Ejai ask me to be soft a bit..dont be too hard...lari plak budak nih nanti..Noted bro..noted...

apa pun..harii tok, kamek lelah gilak..