Sunday, January 31, 2010

doa itu sedekah....

baru-baru ni ayah nasir hamzah meninggal...aku sempat berada bersama nasir di bilik forensik Hostpital Serdang menunggu acara birokrasi tamat dengan lambatnya...aku, ejai, cikgu aziz, felina, dan nasir sulaiman adalah antara rakan taulan nasir hamzah yang hadir bersama disamping beliau dalam saat=saat begini...Dalam saat-saat beginilah kita dapat tengok "kawan-kawan" yang datang menghulurkan bantuan...aku, seperti biasa, bila duduk lama sgt dlm bilik forensik ini mulalah terasa 1001 kelainan...biliknya yang suram-suram cahayanya dan mendinginkan cuacanya membuatkan aku terbuai sekejap dlm realiti dan fantasi...aku...hmmm..seperti biasa akan cepat "merasa" kehadiran ... dan aku tidak hairan Puteri Tujuh dari Belum boleh singgah melekat pada aku atas kesesuaian atau mudahnya aku dengan aliran aliran seperti ini..segala acara birokrasi selesai jam 6.30 petang setelah menunggu lebih 2 jam...kasihan jenazah...tapi apapun Cikgu Aziz dan Felina berpesan supaya jangan tinggalkan jenazah...kumat-kamitkan lah dengan sedekah al-fatihah dan ayat tiga-tiga Qul..aku sedekah, ejai sedekah, dan semua orang sedekah...semoga roh allahyarham berada bersama golongan orang-orang yang beriman...amin..

sampai di Menara jam 9 malam..dan bau kapur barus mengikuti aku...Doa..."Ya Allah..sekiranya kau matikan aku dlm bulan-bulan ini, matikan lah aku dlm iman...Kau mudahkan lah urusan aku di dunia dan akhirat milikMU yang mutlak ...ampunkan lah dosa-dosa ku...dosa dosa yang telah aku lakukan, mahupun dosa-dosa yang belum aku lakukan...Ya Allah..ampunkan lah dosa-dosa anak-anakku..isteri-isteriku..dan juga ayah dan ibuku...kasihanilah mereka seperti mana mereka mengasihani kami sewaktu kami kecil dulu Ya.Allah...amin ya rabbal-alamin...

4 comments:

ejai said...

Amin..ya rabbal-alamin

ajiesam said...

amin...

shazisultan said...

amin...you made me cry with this post

neyna pathi said...

ampunkan lah dosa isteri-isteriku?? byknyer isteri..