Friday, April 30, 2010

mati itu pasti

"Sam...dia dah meninggal Sam...baru je kita jumpa dia last weekend...sihat-gelak, aku buat joke je dia gelak..langsung tak nampak tanda..." dengan rasa separuh kehairanan, rakan ofis aku berceloteh...sambil tersenyum, aku berkata, "mati itu pasti...saya yang sakit ni tak pergi-pergi...tau-tau jer rakan kita tu pergi..." Nauzubillah...aku berkata dalam hati.."aku belum mau pergi lagi..."

aku sempat menjengah di hospital tropicana untuk melihat kali terakhir rakan ofis yang aku akui amat baik budi pekerti, sopan bahasanya dan tidak pernah aku mendengar beliau mendengus tidak puas-hati ke atau bercerita konflik ofis yang penuh politiking...beliau...allahyarham..sentiasa menguntum senyuman..Al-Fatihah...

Melihat pada waris yang beliau tinggalkan, seorang balu yang aku sendiri kenal, iaitu x-staff dan seorang anak lelaki berumur 5 tahun, aku sendiri tergenang...menitis juga air mata ini bila melihat ujian dan tanda-tanda yang Allah tinggalkan untuk kita berfikir...walaupun dah hampir sebulan beliau meninggalkan fantasi dunia ini, aku masih boleh mengingati setiap detik...yang pastinya, aku tidak suka pada hospital...dan yang pastinya, mati itu pasti..tidak kiralah samada kita ini sihat...tetiba saja kita boleh pergi...itu kuasa Allah...

kepada yang mengikuti tulisan di blog ini...jagalah solat..kerana Solat inilah yang akan menjaga kita bila kita sudah pergi...sesungguhnya, mati itu pasti kawan-kawan...muhasabah la diri..

“Insaflah wahai {nama anda} bahawasanya mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur adalah benar, bangun dari kubur dan dihidupkan semula adalah benar, berkumpul di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab segala amalan kamu juga adalah benar..” ...

ini sedikit sebanyak Talqin yang biasa kita dengar...saya mengingatkan diri saya, dan juga rakan-rakan sekelian...wallahualam...

3 comments:

ejai said...

:)

akufiqir said...

kenapaKAH saudara EJAI menguntum kan senyuman....?? Thank you Bro...for "menjaga" aku semasa aku sakit dulu...budi tu Allah jer yg membalasnya...aku sekadar mampu belanja kor di kedai pokcik... :)

ejai said...

bro...lame tak memblog..dah hilang ke idea...hehehe..wa semacam back to blog jer..vamos bro..vamos..