Saturday, March 26, 2011

wahai Jiwa ku

Engkau hanya mempunyai sekali hidup. Tiada sesaat pun yang telah dilalui boleh dikembalikan kerana dalam perbendaharaan Allah jumlah nafas bagimu sudah ditentukan dan tidak dapat ditambah.

Ketika kehidupan telah berakhir, tiada lagi lalu lintas rohaniah yang mungkin engkau perolehi. Kerana itu, apa yang dapat engkau kerjakan, kerjakanlah sekarang.

Beramallah hari ini sedemikian rupa seakan-akan hidupmu telah engkau habiskan dan bahawa hari ini adalah hari tambahan yang dianugerahkan kepadamu oleh rahmat Tuhan Yang Maha Berkuasa.

Kekeliruan apa lagi yang lebih besar daripada mensia-siakannya?

Reblogg frm Mutiara Hati

1 comment:

Anonymous said...

Bijak menggunakan nikmat-Nya, ia dianggap ibadah.. semua diberi pahala.. sementara ada nafas diberi.. penuhinya dengan kebaikan dan pahala..

Bemula dari alam rohani,
kita berjanji pada Illahi hidup didunia sebagai hamba menyembah Allah buat pegangan hari kemudian...

Biarpun dalam beronak duri.. cubaan Allah silih berganti.. kerana iman tetap dihati..
demi akhirat bertapa berat ditempuh jua.

telah menjadi resam dunia...
akan beruntung siapa yg leka..
iman termahal paling berharga.. perlu bekorban mendapatkannya..

Kepada Allah panjatkan doa..
petunjuk jalan kepada yang Esa...
Moga dipimpim dan dipelihara...
Dunia akhirat bakal mendapat nikmat barakah..

Smoga segala amalan kita diterima.. dan selagi ada masa kejar ia untuk saham akhirat..

Ingatan bersama !!
kita sibuk mengejar dunia sedang akhirat mengejar dan menghampiri kita..

Maka hilangkan kekeliruan besar dari mensia-siakan-Nya dengan memanfaatkan setiap udara yang disedut untuk meneruskan kehidupan hari ini..

Wassalam..