Friday, August 13, 2010

Aku dengan kisah Iron Man

Ada kisah menarik yang boleh dikongsi bersama,...mungkin aku pernah bercerita pasal ini dulu,tapi kali ini aku ingin catatkannya agar, kawan-kawan yang lain boleh ambilnya sebagai iktibar..

Rutin biasa aku sebelah pagi ialah menghantar Fahrain ke Tadika sebelum jam 8:30 kerana Fahrain masuk jam 8:30 pagi..Sebagai kanak-kanak yang baru berumur 5 tahun, sudah tentulah beliau akan terdedah dengan soalan-soalan talian hayat seperti "Fahrain dah besar nak jadik apa..?" atau.."Dah besar nanti Fahrain nak jadik Doktor tak..? " perghh..taste Tok Mak dan Tok Ayah dia...jadik Doktor sesaje....

Sebagai kanak-kanak yang baru berumur 5 tahun, glosari atau kamus tentang bidang pekerjaan belum lagi beliau mengertikan..So, aku yang sedang memandu dalam kesesakan jalan nak menuju ke jalan othman, pj, mulalah dengan idea kreatif ini, ingin mengajar Fahrain cara menjawab yang betul kalau-kalau orang bertanya kan soalan-soalan talian hayat begitu...Soalan pun diaju..."hmmm Fahrain dah besa nanti nak jadi apa yer...."..Kebetulan, jalan yang sesak pagi tu sedang di pantau oleh polis trafik...Fahrain pun terus menjawab.., "nak jadik Polis.." ...Aku terdiam sejenak...dan mula mencongak apa yang perlu aku sebut untuk menukar mind-set jawapan Fahrain ni selain dari ingin menjadi polis...."hmmm..lain kali, kalau orang tanya, Fahrain dah besar nak jadik apa...Fahrain kena jawab macam nih.....Hmm Fahrain nak jadi orang yang berguna kepada  masyarakat, agama dan bangsa...."  Pergh...jawapan yang paling umum dan memang menepati sasaran yang aku ajarkan kepada Fahrain....dan tetiba Fahrain bertanya balik.".Pa..masyarakat tu apa Pa.."
..
.Ooppss..aku terlampau advance...Untuk memudahkan aku menjawab soalan Fahrain ..aku pun berseloroh.."okeh..kalau orang tanya Fahrain nak jadik apa...Fahrain jawab...Ayen nak jadik IRON MAN..Okey.!.".Iron Man tu la yg berguna untuk masyarakat, agama dan bangsa....Fahrain pun tersenyum...."Okeh.." Esok-esok aku bertanya lagi..Ayen nak jadik apa...pantas beliau menjawab.."Iron Man.." aku plak tersenyum...apa laaaa yang dah aku lakukan nih....

Thursday, August 12, 2010

Fatin & Fahrain...

Jabal Rahmah, tempat pertemuan antara Nabi Adam dan Hawa, manusia pertama ciptaan Allah setelah 'ditempatkan' di muka bumi ini...aku mulakan mukadimah ini semasa memulakan penceritaan mengenai Nabi Adam dan Hawa kepada Fatin dan Fahrain semasa memandu balik ke Desa Petaling...sudah sememangnya menjadi rutin aku tiap-tiap malam untuk menjemput kedua beradik ini, putera dan puteri ku dari rumah Tok Mak mereka.. Fatin nampak penuh minat bila aku teruskan penceritaan, tapi Fahrain lebih berminat untuk menambah cerita yang aku nak ceritakan kepada mereka...

Aku nak sampaikan cerita ini kepada mereka , kerana untuk mengingatkan aku sendiri dan menyimpan niat dan cita-cita untuk berziarah ke sana..InsyAllah..dan Alhamdulillah..24 Mei - 4 Jun yang lalu aku menjadi tetamu Allah..dan berkesempatan untuk menziarahi Bukit ini..

Friday, April 30, 2010

mati itu pasti

"Sam...dia dah meninggal Sam...baru je kita jumpa dia last weekend...sihat-gelak, aku buat joke je dia gelak..langsung tak nampak tanda..." dengan rasa separuh kehairanan, rakan ofis aku berceloteh...sambil tersenyum, aku berkata, "mati itu pasti...saya yang sakit ni tak pergi-pergi...tau-tau jer rakan kita tu pergi..." Nauzubillah...aku berkata dalam hati.."aku belum mau pergi lagi..."

aku sempat menjengah di hospital tropicana untuk melihat kali terakhir rakan ofis yang aku akui amat baik budi pekerti, sopan bahasanya dan tidak pernah aku mendengar beliau mendengus tidak puas-hati ke atau bercerita konflik ofis yang penuh politiking...beliau...allahyarham..sentiasa menguntum senyuman..Al-Fatihah...

Melihat pada waris yang beliau tinggalkan, seorang balu yang aku sendiri kenal, iaitu x-staff dan seorang anak lelaki berumur 5 tahun, aku sendiri tergenang...menitis juga air mata ini bila melihat ujian dan tanda-tanda yang Allah tinggalkan untuk kita berfikir...walaupun dah hampir sebulan beliau meninggalkan fantasi dunia ini, aku masih boleh mengingati setiap detik...yang pastinya, aku tidak suka pada hospital...dan yang pastinya, mati itu pasti..tidak kiralah samada kita ini sihat...tetiba saja kita boleh pergi...itu kuasa Allah...

kepada yang mengikuti tulisan di blog ini...jagalah solat..kerana Solat inilah yang akan menjaga kita bila kita sudah pergi...sesungguhnya, mati itu pasti kawan-kawan...muhasabah la diri..

“Insaflah wahai {nama anda} bahawasanya mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur adalah benar, bangun dari kubur dan dihidupkan semula adalah benar, berkumpul di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab segala amalan kamu juga adalah benar..” ...

ini sedikit sebanyak Talqin yang biasa kita dengar...saya mengingatkan diri saya, dan juga rakan-rakan sekelian...wallahualam...

Tuesday, March 23, 2010

cerita burung pipit...

I copy & paste a story sent to me a year ago..(11 Jul 09)...just for sharing..maybe ceritanya panjang sedikit, tapi worth to read and remember and ponder....


CERITA BURUNG PIPIT
Ketika musim kemarau baru sahaja mula, seekor Burung Pipit mulai
merasakan tubuhnya kepanasan, lalu mengeluh pada lingkungan yang
dituduhnya tidak bersahabat. Dia lalu memutuskan untuk meninggalkan
tempat yang sejak dahulu menjadi habitatnya, terbang jauh ke utara yang
konon khabarnya, udaranya selalu dingin dan sejuk.

Benar, lama kelamaan dia merasakan kesejukan udara, makin ke utara makin
sejuk, dia semakin bersemangat memacu terbangnya lebih ke utara lagi.

Terbawa oleh nafsu, dia tak merasakan sayapnya yang mulai terlekat
salji, makin lama makin tebal, dan akhirnya dia jatuh ke tanah kerana
tubuhnya diselaputi salji. Sampai ke tanah, salji yang menyelaputi
sayapnya justeru semakin bertambah tebal. Si Burung pipit tak mampu
berbuat apa apa, menyangka bahawa riwayatnya telah tamat. Dia merintih
menyesali nasibnya.

Mendengar suara rintihan, seekor Kerbau yang kebetulan lalu datang
menghampirinya. Namun si Burung kecewa mengapa yang datang hanya seekor
Kerbau, dia mengherdik si Kerbau agar menjauh dan mengatakan bahawa
makhluk yang tolol tak mungkin mampu berbuat sesuatu untuk menolongnya.
Si Kerbau tidak banyak bicara, dia hanya berdiri, kemudian kencing tepat
diatas burung tersebut. Si Burung Pipit semakin marah dan memaki-maki si
Kerbau. Lagi-lagi Si kerbau tidak bersuara, dia maju satu langkah lagi,
dan mengeluarkan kotoran ke atas tubuh si burung. Seketika itu si Burung
tidak dapat bersuara kerana tertimbun kotoran kerbau. Si Burung menjadi
pasrah dan berfikir bahawa dia pasti akan mati kerana tak dapat
bernafas.

Namun perlahan-lahan, dia merasakan kehangatan, salji yang membeku pada
bulunya meleleh sedikit demi sedikit oleh hangatnya tahi kerbau, dia
dapat bernafas lega dan melihat kembali langit yang cerah. Si Burung
Pipit berteriak kegirangan, bernyanyi sepuas- puasnya.

Mendengar ada suara burung bernyanyi, seekor anak kucing menghampiri
sumber suara, menghulurkan tangannya, mengais tubuh si burung dan
kemudian menimang-nimang, menjilati, mengelus dan membersihkan sisa-sisa
salji yang masih melekat pada bulu si burung. Setelah bulunya bersih, Si
Burung bernyanyi dan menari kegirangan, dia berfikir telah mendapatkan
teman yang ramah dan baik hati..

Namun apa yang terjadi kemudian, seketika itu juga dunia terasa gelap
gelita bagi si Burung, dan tamatlah riwayat si Burung Pipit ditelan oleh
si Kucing.

Dari kisah ini, banyak pesanan moral yang dapat dimanfaatkan sebagai
pelajaran:
Halaman tetangga yang nampak lebih hijau, belum tentu sesuai buat kita.
Baik dan buruknya penampilan, jangan dijadikan sebagai satu-satunya
ukuran. Apa yang pada mulanya terasa pahit dan tidak enak, kadang kadang
boleh berbalik membawa hikmah yang menyenangkan, dan demikian pula
sebaliknya. Ketika kita baru sahaja mendapat kenikmatan, jangan lupa dan
jangan terburu nafsu, agar tidak menyesal kelak. Waspadalah terhadap
Orang yang memberikan janji yang berlebihan.

pesanan Bukankah ALLAH ada berpesan dalam Al-Quran..barangkali yang kita
suka itu tak elok buat kita, dan barangkali yang kita benci itu
sebenarnya yang terbaik untuk kita.


Sama-samalah kita beringat, supaya kita tidak termasuk dalam golongan
yang rugi.

Saturday, February 27, 2010

jauhkan lah petaka ini..

nauzubillah.."jauhkan ujian dan petaka ini dari zuriat ku..."....hari ini bila dibaca melalui Harian Metro kisah menyayat hati, seorang budak perempuan berumur tiga tahun disepak seperti bola di padang permainan di Kuala Kubu Bharu lalu menemui ajal oleh seorang lelaki yang baran tidak menentu (teman lelaki ibunya)...bisikan syaitan hanya beberapa milisecond tetapi tindakan tidak berperi-kemanusiaan..melahirkan peristiwa hitam buat keluarga mangsa...aku mengecam dan mengeji si pelaku kerana bertindak di luar batasan..nauzubilllah..dan alfatihah untuk mangsa...