Friday, April 8, 2011

Bakal ada "Boss" baru....

Title di atas tidak mencerminkan suka atau tidak suka pada senario sekarang. Ruyung telah dipecahkan...dan ada cerita yang "terlepas"...ringkasnya..cerita nya begini...Boss aku sekarang akan dipindahkan ke public listed company bagi mengendalikan projek yang lebih besar dan sudah tentu imbuhan bulanannya juga lebih besar..Alhamdulillah untuk nya..Aku juga bersyukur sebab dah dua tahun berlalu dari sakit yang teramat sangat...aku juga bersyukur satu sen pun tidak dikurangkan imbuhan aku walaupun semasa aku sakit dulu..terima kasih kepada mereka yang berkenaan..semoga Allah jua yang membalas budi tersebut. Kini aku dikejutkan dengan  bakal adanya "orang baru" untuk lead jabatan ni selepas pemergian boss lama...cerita ini sedikit sebanyak, ataupun mungkin sekelumit saja rasanya tersentuh benak dan hati ini...Kenapa perlunya additional cost...kenapa perlunya "orang baru"..atau mungkin aku tidak boleh "orang baru" diletakkan atas daripada aku...adakah ini ego....ya mungkin...aaahhh...pedulikan rasa gundah ini..yang pastinya, mereka tidak patut buat macam ni...kenapa perlunya "orang baru"...anyway..selepas aku membaca petikan surah ini, membuatkan aku tenang sedikit...dan rencana aku selepas ini ialah...aku akan follow boss aku masuk ke public listed company atau...aku mintak di transfer ke subsidiary lain..atauuuu...aku cari rezeki ditempat lain...to me the way they plan and do this is to get rid those with secondary brain...i guess..tapi Allah lebih maha mengetahui...



30. Sesungguhnya Tuhanmu lah Yang meluaskan rezeki bagi sesiapa Yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya), dan ia juga Yang menyempitkannya (menurut Yang demikian). Sesungguhnya ia Maha mendalam pengetahuannya, lagi Maha melihat akan hamba-hambanya.
 ...surah Al Israa (ayat 30)

Saturday, March 26, 2011

wahai Jiwa ku

Engkau hanya mempunyai sekali hidup. Tiada sesaat pun yang telah dilalui boleh dikembalikan kerana dalam perbendaharaan Allah jumlah nafas bagimu sudah ditentukan dan tidak dapat ditambah.

Ketika kehidupan telah berakhir, tiada lagi lalu lintas rohaniah yang mungkin engkau perolehi. Kerana itu, apa yang dapat engkau kerjakan, kerjakanlah sekarang.

Beramallah hari ini sedemikian rupa seakan-akan hidupmu telah engkau habiskan dan bahawa hari ini adalah hari tambahan yang dianugerahkan kepadamu oleh rahmat Tuhan Yang Maha Berkuasa.

Kekeliruan apa lagi yang lebih besar daripada mensia-siakannya?

Reblogg frm Mutiara Hati

Thursday, December 16, 2010

firasat by Marcell...

Kembali
Kulihat awan membentuk wajahmu
Desah angin meniupkan namamu
Tubuhku terpaku
Semalam
Bulan sabit melengkungkan senyummu
Tabur bintang serupa kilau auramu
Akupun sadari
Kusegra berlari
Cepat pulang
Cepat kembali jangan pergi lagi
Firasatku ingin kau tuk cepat pulang
Cepat kembali jangan pergi lagi…
Akhirnya
Bagai sungai yang mendamba samudra
Kutahu pasti kemana kan ku bermuara
Smoga ada waktu
Sayangku
Kupercaya alam pun berbahasa
Ada makna dibalik semua pertanda
Firasat ini
Rasa rindukah ataukah kedamaian
Aku tak perduli
Kuterus berlari
Cepat pulang
Cepat kembali jangan pergi lagi
Firasatku ingin kau tuk cepat pulang
Cepat kembali jangan pergi lagi
Dan lihatlah sayang
Hujan turun membasahi
Seolah turun air mata
Cepat pulang
Cepat kembali jangan pergi lagi
Firasatku ingin kau tuk cepat pulang
Cepat kembali jangan pergi lagi
Firasatku ingin kau tuk cepat pulang
Pulang…
Aku pun sadari
Engkaulah firasat hati..

Friday, August 13, 2010

Aku dengan kisah Iron Man

Ada kisah menarik yang boleh dikongsi bersama,...mungkin aku pernah bercerita pasal ini dulu,tapi kali ini aku ingin catatkannya agar, kawan-kawan yang lain boleh ambilnya sebagai iktibar..

Rutin biasa aku sebelah pagi ialah menghantar Fahrain ke Tadika sebelum jam 8:30 kerana Fahrain masuk jam 8:30 pagi..Sebagai kanak-kanak yang baru berumur 5 tahun, sudah tentulah beliau akan terdedah dengan soalan-soalan talian hayat seperti "Fahrain dah besar nak jadik apa..?" atau.."Dah besar nanti Fahrain nak jadik Doktor tak..? " perghh..taste Tok Mak dan Tok Ayah dia...jadik Doktor sesaje....

Sebagai kanak-kanak yang baru berumur 5 tahun, glosari atau kamus tentang bidang pekerjaan belum lagi beliau mengertikan..So, aku yang sedang memandu dalam kesesakan jalan nak menuju ke jalan othman, pj, mulalah dengan idea kreatif ini, ingin mengajar Fahrain cara menjawab yang betul kalau-kalau orang bertanya kan soalan-soalan talian hayat begitu...Soalan pun diaju..."hmmm Fahrain dah besa nanti nak jadi apa yer...."..Kebetulan, jalan yang sesak pagi tu sedang di pantau oleh polis trafik...Fahrain pun terus menjawab.., "nak jadik Polis.." ...Aku terdiam sejenak...dan mula mencongak apa yang perlu aku sebut untuk menukar mind-set jawapan Fahrain ni selain dari ingin menjadi polis...."hmmm..lain kali, kalau orang tanya, Fahrain dah besar nak jadik apa...Fahrain kena jawab macam nih.....Hmm Fahrain nak jadi orang yang berguna kepada  masyarakat, agama dan bangsa...."  Pergh...jawapan yang paling umum dan memang menepati sasaran yang aku ajarkan kepada Fahrain....dan tetiba Fahrain bertanya balik.".Pa..masyarakat tu apa Pa.."
..
.Ooppss..aku terlampau advance...Untuk memudahkan aku menjawab soalan Fahrain ..aku pun berseloroh.."okeh..kalau orang tanya Fahrain nak jadik apa...Fahrain jawab...Ayen nak jadik IRON MAN..Okey.!.".Iron Man tu la yg berguna untuk masyarakat, agama dan bangsa....Fahrain pun tersenyum...."Okeh.." Esok-esok aku bertanya lagi..Ayen nak jadik apa...pantas beliau menjawab.."Iron Man.." aku plak tersenyum...apa laaaa yang dah aku lakukan nih....